Apa yang perlu new seller tahu untuk Belajar Bisnes Ebay?



Hai semua..

Saya mendapat banyak soalan terutamanya dari new seller yang masih belum faham macam mana proses jualan boleh terjadi di ebay.

Ini antara soalan yang sering ditanya :

Bagaimana hendak bermula untuk menjual di ebay?

Berapa modal permulaan untuk berniaga di ebay?

Jika tak mahir berbahasa inggeris boleh ke berniaga di ebay?

dan banyak lagi..

Ok baik. saya harap artikel kali ini membantu para peniaga ebay yang masih baru nak menceburkan diri berbisnes di ebay dapat faham dengan jelas macam mana nak bermula

Perkara Asas Sebelum Berniaga di Ebay


Untuk memulakan bisnes di ebay, anda perlu ada 5 perkara asas seperti di bawah:

1. Laptop

ini perkara paling asas yang perlu ada. cukup dengan laptop yang murah-murah je pun dah boleh, yang penting ada internet browser seperti google chrome dan mozilla firefox

saya lebih galakkan guna mozilla firefox sebabnya ianya lebih stabil. kedua, saya lebih suka guna windows 7 sebabnya ianya stabil dan boleh create banyak userwindows.

tapi takde masalah jika anda guna google chrome dan windows 7 ke atas. yang penting anda ada laptop yg boleh buat kerja untuk berniaga di ebay. windows 8, windows 10 pun masih boleh create multiple user windows untuk siapa yang ada banyak akaun ebay.

untuk anda yang masih baru nak berjinak-jinak, cukup ada 1 akaun ebay dulu. nanti kang pening kepala, steady. jangan gelojoh.hehe

2 Internet

dah ada laptop, mesti kena ada internet, untuk pemain ebay yang menggunakan multiple akaun ebay, saya sarankan untuk menggunakan internet broadband/ hotspot dari hp.

saya tak galakkan untuk guna internet strymix dan unifi / internet public. sebabnya ianya berisiko untuk anda bercampur dengan ip address yang sama pada akaun ebay orang lain.

jika anda yakin memang internet strymix di rumah atau public tu takde orang connect ebay selain diri anda sendiri, ya boleh..dipersilakan.

3. Kad debit/ Kad kredit

Di ebay, perkara ke 3 perlu anda ada ialah kad debit/ kad kredit. Kad debit boleh digunakan apa-apa shj kad asalkan ianya ada logo master/visa.

kad ini penting untuk anda daftar di paypal untuk withdraw duit ke akaun bank anda. dan tujuan ke dua adalah untuk anda bayar seller fees di ebay apabila mendapat jualan di ebay.

4. Simkad

Perkara ke 4 yang wajib anda ada ialah simkad untuk daftar no hp anda di ebay dan paypal. ebay / paypal kadang-kadang akan hantar kod / call untuk pengesahan identiti diri anda. so nak berniaga di ebay untuk new seller wajib ada no hp.

5. Modal Pusingan

Berniaga di ebay, tiada sebarang kos marketing dikeluarkan, ini kerana kita akan menggunakan sepenuhnya trafik sedia ada yang terdapat di website ebay. untuk pengetahuan anda, di ebay trafik sangat-sangat tinggi dan conversion juga sangat tinggi

jika anda mendapat 10 view shj, sudah cukup untuk membuatkan barang anda terjual di ebay. trafik yang ada di ebay kebanyakkannya adalah orang yang memang dah sedia untuk membeli, bukan seperti di facebook, yang memerlukan

Modal yang perlu anda ada adalah subjektif. bergantung pada jenis barang yang anda jual, modal utama ialah “knowledge”,

Modal kedua sebagai permulaan cukup dengan modal dalam lingkungan RM50 -RM500. sebab untuk akaun ebay yang masih baru, yang tidak ada sejarah pernah menjual barang lagi, ebay akan hold duit anda yang masuk ke dalam paypal anda.

so anda perlu dulukan duit untuk bayar barang yang anda jual kepada supplier dropship anda.

Pastikan jika anda new player yang bermain multiple akaun, simkad dan kad debit tak boleh berkongsi dengan akaun-akaun ebay anda yang lain

Apa yang perlu di buat selepas dah ada 5 perkara ini?


1. Create akaun gmail

sebelum nak daftar di ebay, anda perlu ada akaun emel yang baru. saya galakkan gunakan gmail sebabnya ianya mudah, selain dari gmail, yahoo pun boleh. takde masalah. yang penting anda gunakan akaun emel yang awam, bukan dari company anda bekerja atau tempat belajar anda.

nanti dah habis belajar atau dah tak kerja ianya susah pada masa akan datang

2. Daftar di www.ebay.com.my



Dah ada emel, anda perlu daftar di ebay.com.my untuk buat akaun menggunakan emel yang baru anda create di step satu. kenapa kena daftar di ebay.com.my?

kalau daftar di ebay.com tak boleh ke?

walaupun anda daftar di ebay.com, jika ip address anda (broadband) yang digunakan adalah server dari Malaysia, anda tetap akan redirect ke ebay malaysia.

nanti dah ada akaun ebay malaysia nak menjual di ebay.com (USA) log in je gunakan ebay ID / emel anda daftar tu di ebay.com

3. Daftar di www.paypal.com/my




ini langkah ke 3 yang perlu anda buat sebelum berniaga di ebay. anda wajib ada akaun paypal untuk membuat transaksi jual dan beli di platform ebay. Anda perlu sign up akaun paypal cukup hanya dengan memilih “Buy with Paypal” untuk ada akaun paypal yang basic.

akaun type ini sudah cukup untuk anda memulakan bisnes ebay dari rumah sahaja.

3.Link akaun ebay & Paypal

setelah selesai daftar akaun ebay dan paypal, anda perlu link kan akaun ebay dan paypal anda yang baru create tadi.

baru boleh anda menggunakan akaun ebay anda untuk berniaga dan paypal untuk menerima wang bayaran atas setiap jualan yang berjaya anda buat di ebay.

4.Verify akaun paypal dan update seller fees (create ebay seller account)

Langkah seterusnya anda perlu verify akaun paypal anda. nak verify paypal akaun ada 2 cara,

1. submit document yang diperlukan ke paypal

2. Tolak RM10 dari akaun bank masuk ke dalam akaun paypal anda

saya sarankan guna cara ke 2 kerana ianya lebih mudah.

selepas selesai verify paypal, anda perlu create ebay seller account dengan cara pergi ke akaun ebay anda dan update automatic ebay seller fees.

selepas selesai ke dua-dua perkara ini baru anda boleh memulakan bisnes di ebay

Nota :

verify paypal : Cas RM10

update ebay seller fees : Cas RM3


  1. pastikan dah buat activation of international online purchase
  2. Dah Activate overseas purchase

Anda boleh update di atm machine/ online bank in / call customer service bank.

ok, ini adalah perkara yang paling asas untuk anda memulakan bisnes di ebay. anda perlu melakukan ke semua perkara di atas. selepas itu, baru anda boleh memulakan bisnes di ebay

banyak lagi yang perlu anda belajar, terutamanya topik :

1. bagaimana nak cari supplier

2. Bagaimana nak membuat kajian produk

3. Bagaimana nak membuat iklan di ebay secara optimize

4. dan banyak lagi.


Bila waktu yang terbaik untuk anda memulakan bisnes di ebay?


waktu terbaik adalah 10 tahun dahulu. tapi mustahil untuk anda undurkan masa.

waktu ke dua terbaik untuk memulakan bisnes di ebay, adalah sekarang!

so 5 tahun, 10 tahun akan datang anda tidak akan menyesal lagi sebab telah memulakan langkah membina bisnes di ebay waktu sekarang!

saya taknak terlalu mengaburi mata anda dengan duit. sebabnya tujuan artikel saya ini adalah untuk berkongsi  ilmu dan memberi kesedaran kepada anda peri pentingnya kita perlu ada bisnes sendiri.

dengan gaji yang tak naik-naik. dengan kos sara hidup yg semakin meningkat setiap bulan, dengan hutang yang tak habis-habis lagi nak bayar, agak mustahil untuk anda dapat selesaikan semua masalah ini dalam masa 2 tahun-5 tahun kecuali anda jadi boss untuk diri anda sendiri, generate sendiri berapa gaji yang anda nak setiap bulan, tentukan sendiri berapa income yang perlu anda dapat tiap-tiap bulan

senang kata anda perlu jadi BOSS!



ini adalah antara akaun ebay yang dah lama saya tinggal tanpa perlu untuk saya monitor setiap hari. ianya memberikan pendapatan yang pasif kat saya setiap bulan. walaupun tak banyak, tapi cukup untuk tampung kehidupan saya sebagai seorang pelajar dan cukuplah untuk buktikan yang apa saya ajar ini adalah real dan proven case study.

bukan saya reka-reka cerita atau omong-omong kosong.



apa yang saya ajarkan di blog ini adalah sepenuhnya proven case study untuk anda pun turut belajar,

jika anda ada modal, kat bisnes mana yang perlu anda laburkan??

jawapannya adalah dekat diri sendiri! iaitu belajar mencari ilmu, dengan ilmu hidup anda akan jadi lebih baik dari semalam. dengan ilmu juga akan meningkatkan kualiti hidup anda, skill anda, dan skill mencari duit anda,

jika saya boleh, anda pun boleh, sesiapa pun boleh. tidak ada apa-apa perbezaan antara kita.

saya cabar diri anda, untuk buktikan tahun 2017 adalah tahun untuk anda memulakan bisnes online ebay anda


Only sky is the limit!

saya harap apa yang saya kongsikan dalam artikel ini akan membuka minda dan memberikan sedikit inspirasi untuk bantu anda tambah pendapatan sampingan.

Jika anda nak belajar bagaimana nak hasilkan duit online secara separuh masa/ sepenuh masa dengan modal yang sangat-sangat rendah. ebay adalah jawapannya!

Jika anda berminat untuk belajar menjual di Ebay, Tuan Zul ada sediakan satu panduan lengkap untuk newbie bagaimana nak memulakan bisnes di ebay dengan hanya menggunakan dropship sahaja.






Ada 3 pakej yang anda boleh pilih:

1. RM97

  • eBook Panduan ebay intelligence sahaja

2. RM197 (Recommended!)

  • eBook Panduan ebay intelligence
  • Adobe Photoshop Portable
  • Document Template Follow up customer
  • Tools kit ebay
  • Document template avatar multiple account
  • 400 niche berpotensi di ebay
  • Template keyword ebay feedback (Microsoft word)
  • Ultimate guide for dropshipping
  • 50 ways to make your first sale
  • group support di FB

3. RM497

  • Bengkel Ebay Intelligence 2017 di Johor dan Selangor
  • eBook Panduan ebay intelligence
  • Adobe Photoshop Portable
  • Document Template Follow up customer
  • Tools kit ebay
  • Document template avatar multiple account
  • 400 niche berpotensi di ebay
  • Template keyword ebay feedback (Microsoft word)
  • Ultimate guide for dropshipping
  • 50 ways to make your first sale
  • group support di FB

–>> Boleh klik disini untuk info lanjut ebay <<–

PS. Jika anda rasa pelaburan ini mahal. Cuba bayangkan keuntungan yang bakal anda peroleh di Ebay hasil daripada ilmu yang anda peroleh daripada ebook ini. Income anda mungkin akan jadi lebih berlipat-kali ganda daripada nilai pelaburan ini!

Take it or Leave it.