Benarkah Bisnes Di Ebay Masih Relevan?


Ramai orang pandang rendah dengan potensi perniagaan di Ebay. Ada yg bertanya dengan saya, masih relevankah bisnes di ebay ni?

Jawapannya YA. Masih relevan selagi anda berniaga dengan cara yg betul.

Baru-baru ini rakan saya telah buka bisnes offline iaitu bisnes kedai makan. Katanya, sebelum ini beliau hanya mendengar dan dah sedia maklum, bisnes offline ni perlukan modal yang besar. Tapi lepas dah buka bisnes offline dan dah merasainya sendiri modal yang keluar, barulah beliau dapat menjiwai bahawa bisnes online ni sangat best dan lebih berpotensi untuk dapatkan pulangan yang lumayan dengan modal yang sangat-sangat rendah.

Jika anda mempunyai modal sebanyak RM10,000. Kemudian anda laburkan untuk bisnes online anda, saya yakin banyak tools dan perkara yang anda boleh lakukan. Tetapi jika anda laburkan RM10,000 tadi untuk bisnes offline, sudah pasti sangat sedikit peralatan yang anda boleh beli.

Tujuan saya bukan nak bercakap panjang perbezaan antara bisnes offline dan bisnes online ini, apa yang ingin saya sampaikan di sini adalah bisnes online ini adalah jauh lebih mudah untuk anda usahakan dan jika kena strateginya, hasilnya lebih besar berbanding bisnes offline.

Cuba anda lihat seorang seller di bawah. Beliau menjual barang di Ebay.  Ketika saya buat research, akaun ni masih sangat-sangat baru. Baru daftar pada bulan May 2016. Feedback pun baru ada 3 sahaja.


Ini membuktikan bahawa bisnes ebay masih relevan untuk anda lakukan.

Produk apa yang beliau jual tu? Jom kita lihat.

Produk yg dijual sangat tidak asing dari kita. Apa yg dijual adalah AliCafe tongkat ali instant coffee, Maggi Asam Laksa, dan nona kaya jem. Produk yang sangat simple!


Maggi yang anda boleh dapatkan di mana-mana sahaja di pasaraya dan kedai runcit. Berapa harga dia jual tu? Mari kita kira keuntungan dia sedikit.

USD 1 = RM4.11

USD 16.90 = RM 69.48

EBAY fees and paypal fees anggaran sebanyak RM10, Kos modal RM6, dan kos penghantaran anggaran RM20

KOS = Harga barang (RM6) + POS (RM20) + FEES ( RM10) = RM36

HARGA JUALAN = RM69.48

Untung bersih seunit = RM69.48 – RM36 = RM33.48

Untung ke rugi? Mamat ni cuma jual maggi jer. Takyah fikir susah-susah nak jual apa. Ketika anda berfikir nak jual apa, mamat ni dah berjaya jual benda yang anda mungkin tak jangka. Itulah keunikan bisnes di ebay. 🙂



Apa yang bestnya kat ebay ni.. Anda tak perlu keluarkan kos untuk Facebook Ads, bayar google adwords, buat marketing di Instagram dan sebagainya.

Apa yang anda perlu lakukan hanyalah cari produk di sekeliling anda, kemudian ambil gambar produk, listing di ebay dan tinggal. Tunggu sahaja sampai la dapat sales. Sementara tunggu tu anda boleh tidur makan main game dan macam-macam lagi kerja lain yg anda nak buat. Senang kan?

Saya tak menjanjikan bulan dan bintang untuk anda cepat kaya. Percayalah. Real business, it takes time to growing up. Let the business growing up consistently and steadily. As long as you are still making money. It’s better than don’t make anything.

Orang cakap sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Apa yang penting akaun Ebay anda dapat bertahan dan akan datang apabila akaun anda sudah mempunyai feedback yang banyak anda dah boleh generate income USD1,000 sebulan sehingga infiniti. only sky is the limit. 🙂

Seperti seller di atas. Hasil jualannya sebulan pada 21 ogos sehingga 19 sept 2016 yang lepas adalah hanya USD60.70 bersamaan dengan RM247 sahaja.



Tak banyak. Tapi apa yang saya nak sampaikan adalah perniagaan di Ebay masih lagi realistik untuk anda usahakan.

Akan datang saya akan share kepada anda bagaimana seorang yang masih sangat-sangat baru lagi dalam bisnes di ebay, dia berjaya generate income bersih sebanyak USD300 ataupun RM1200 sebulan hanya menggunakan platform ebay sahaja. Dan barangan yang dia jual adalah sepenuhnya secara dropship.

*Kredit Zul Ariffin Maarof



***
Jika anda berminat untuk belajar menjual di Ebay, Tuan Zul ada sediakan satu panduan lengkap untuk newbie bagaimana nak memulakan bisnes di ebay dengan hanya menggunakan dropship sahaja.




Ada 3 pakej yang anda boleh pilih:

1. RM97

  • eBook Panduan ebay intelligence sahaja

2. RM197 (Recommended!)

  • eBook Panduan ebay intelligence
  • Adobe Photoshop Portable
  • Document Template Follow up customer
  • Tools kit ebay
  • Document template avatar multiple account
  • 400 niche berpotensi di ebay
  • Template keyword ebay feedback (Microsoft word)
  • Ultimate guide for dropshipping
  • 50 ways to make your first sale
  • group support di FB

3. RM497

  • Bengkel Ebay Intelligence pada 25 Mac 2017 di Johor
  • eBook Panduan ebay intelligence
  • Adobe Photoshop Portable
  • Document Template Follow up customer
  • Tools kit ebay
  • Document template avatar multiple account
  • 400 niche berpotensi di ebay
  • Template keyword ebay feedback (Microsoft word)
  • Ultimate guide for dropshipping
  • 50 ways to make your first sale
  • group support di FB

–>> Boleh klik disini untuk tempahan <<–

PS. Jika anda rasa pelaburan ini mahal. Cuba bayangkan keuntungan yang bakal anda peroleh di Ebay hasil daripada ilmu yang anda peroleh daripada ebook ini. Income anda mungkin akan jadi lebih berlipat-kali ganda daripada nilai pelaburan ini!

Take it or Leave it.