Belajar bisnes ebay secara santai tapi menyengat
Merujuk post saya sebelum ini di Apa yang perlu new seller tahu untuk Belajar Bisnes Ebay?, setelah anda mempunyai akaun ebay dan paypal, anda perlu menguasai 4 ilmu iaitu:- Kaedah membuat Kajian Produk
- Mencari Sumber Supplier yg murah
- Membuat Iklan di ebay
- Proses Order
Saya terangkan serba ringkas untuk anda dapat mudah paham prosesnya dengan baik.
Langkah 1: Kaedah membuat Kajian Produk.
ini adalah persoalan utama yang sering bermain di fikiran new seller.Persoalan barang apa yang nak dijual, adakah ada permintaan dan sebagainya. Cara nak buat research ni kalau anda dah tahu mesti anda terkejut sebab tak sangka sebenarnya banyak benda yang boleh dijual di ebay ni
cara yg paling simple nak buat jualan, ialah anda perhatikan dalam rumah anda, barang apa yang tak dipakai lagi, so kalau ada just ambil gambar dan iklankan di ebay. Kaedah kedua kalau anda masih takde idea nak jual ape, just pergi je kat shopping complex, kedai runcit, jualan gudang yang terdekat dan perhatikan apa barang yang ada dijual kat sana.
jika ada barang yg menarik perhatian, anda cuba buat carian di ebay, ada tak orang jual kat ebay, kalau ada anda boleh beli satu dulu dan try buat iklan kat ebay.
jom kita tengok beberapa contoh :
Tiger balm ni boleh dapat kat kedai-kedai runcit, harga datang baru berapa ringgit je,
kalau anda beli borong, dapat jauh lagi murah
contoh barang ke 2
harga datang sebotol baru RM15 or USD3.52, harga seller ni jual USD12.99. Dah terjual sebanyak 193 unit
193 x 12.99 = USD2507.07 = RM10682.02!
banyak tuuu. kan? jual durex play jer
ok, so dah tau sikit-sikit try lah buat latihan, ni waktu nak raya ni sape yang dah ada isteri tu mesti isteri ajak jalan cari shopping sikit-sikit untuk raya..so sementara anda teman shopping tu buat market survey sikit. tengok apa barang yang anda jumpa tu then bukak hp search kat ebay ada tak jual barang yg anda tengah tengok tu
kalau ada, simpan data tu, balik rumah buat analisis sikit.
alright, tu kaedah cuba-cuba..orang panggil kaedah konvensional, kaedah yang terpelajar sikit anda buat analisis gunakan the past historical selling of data dari ebay sama ada secara manual ataupun menggunakan software
kalau secara manual anda kena scrape data dari ebay then masukkan dalam excel dan analisis berapa harga jualan purata, berapa unit terjual sebulan, berapa ramai competitor dan sebagainya. Anda boleh juga pergi ke website ebay dan lihat apa item yang telah terjual menggunakan advanced search ebay
leceh sikit la kalau buat manual..so jangan buang masa, gunakan segala apa sumber yang dah sedia ada seperti website terapeak.com. Website terapeak ni akan bantu anda buat analisa barang terjual dan bagi anda keputusan patut atau tak patut untuk anda jual barang anda dah jumpa tu
dalam Panduan ebay intelligence saya ada kongsikan 3 video tutorial macam mana nak buat kajian pasaran menggunakan terapeak ni secara santai tapi menyengat.
Langkah 2 : Mencari sumber supplier yang murah.
bila dah tau demand, sekarang ni anda cuba cari pula supplier yang termurah di pasaran. jika anda ada modal besar dan yakin barang tu boleh pergi jauh berdasarkan data-data kajian yang anda dah analisa menggunakan terapeak macam yang sy ajar dalam Panduan ebay intelligence tu, so jangan takut-takut untuk start invest sikit duit beli produk dari supplier
mana nak dapat supplier? saya ada kongsikan pada artikel yang lepas pada Artikel Supplier Dropship China yang menghasilkan 5 angka jualan di ebay.
dan anda juga boleh cari supplier dari sumber yang anda tau.
jangan pening-peningkan diri anda, kalau tak jumpa supplier, tengok je kat kedai runcit ada tak jual barang tu, tengok kat mydin, tesco, jusco, watson, guardian atau mana-mana shj yg ada jual barang yg anda nak. kalau jumpa harga memang lagi murah dari anda nampak kat ebay, ada profit, jalan jer. itulah supplier anda, tak semestinya supplier tu mesti kena harga paling rendah seminima yang mungkin, nanti bila dah start jual pelan-pelan cari lagi sumber yang lebih murah.
yang penting anda jual kat ebay ni ada progress. anda belajar something.Tak perlu tunggu sampai dapat harga yang betul-betul murah. kalau tak sy percaya smpai bila-bila anda takkan start-start menjual di ebay
kalau takut nak beli banyak, beli je 1 2 dulu sebagai stok. nanti bila dah dapat rentak dan dah yakin hasil kajian anda tu memang betul ada demand boleh jual kat ebay, baru start pam modal lagi besar untuk tambah stock
ni orang kata cara smart berniaga. modal seminima mungkin dan profit semaksima mungkin. baru namanya anda berniaga dengan kos yg paling minima.
Langkah 3 : Membuat Iklan di ebay.
so bila anda dah tau ada demand, lepas tu dah ada supplier, dah beli satu dua stock untuk jual, ape lagi, amek gambar lawa-lawa untuk buat iklan kat ebay la.
kalau camera canggih-canggih takde pun takpe. kalau takde lighting box pun takper. takde masalah. jangan bebankan fikiran anda untuk kena ada semua benda dulu sampai lengkap, yang penting progress.
guna jer apa yang anda ada dulu. nanti dah ada sale masuk or dah ada bajet baru start upgrade barang-barang keperluan bisnes anda pelan-pelan.
ok bila dah ada gambar yang memuaskan, buka akaun ebay anda dan buat iklan untuk try jual barang jualan anda tu secara auction atau buy it now. kalau barang tak terjual, takde kerugian apa-apa pun.. kalau terjual anda dapat profit.
ok senang kan?
ebay dah tolong carikan buyer untuk anda.. dah siap iklan tunggu je sampai listing anda tamat. sementara tunggu tu anda boleh fokus buat kerja lain pulak..
Langkah 4 : Proses Order.
Congatulation your ebay item sold!You receive a payment!!
itu adalah emel yang pertama anda akan terima apabila anda punya barang berjaya terjual.Kalau barang ni adalah barang yang pertama anda berjaya jual di ebay, ucapkan syabas untuk diri anda!
akhirnya usaha anda telah nampak hasil. jangan fikir dulu berapa profit yang anda dapat, walaupun tak besar pada awalnya, tapi apa yang lebih penting dah dah tau algorithm ebay. Anda dapat paham macam mana nak jual kat ebay ni. Apa yang lebih penting anda dah ada ilmu berniaga di ebay.
Langkah terakhir ialah proses order bila anda dah dapat buyer dari jualan anda di ebay.
peringkat ni anda perlu belajar macam mana nak pos barang anda ke customer, kenalpasti shipping company mana yang terbaik dan termurah. saya cadangkan anda gunakan pos malaysia flexipax, sebab kosnya sangat murah. dengan harga RM8 + RM4.6(tracking number) anda dah boleh hantar barang sampai ke USA.
dah selesai hantar barang, upload tracking number ke dalam akaun paypal anda dan akaun ebay anda untuk bagi update pada buyer.
mudah kan?
Kesimpulan.
so sebagai kesimpulan, apa yang saya nak kongsikan untuk anda jika masih belum pernah buat jualan kat ebay lagi, bermulalah dari sekarang. sebab kos nak buka akaun ebay adalah sangat-sangat rendah tapi customer yang anda bakal dapat adalah seluruh dunia.
tak rugi untuk anda spend masa sikit sehari 2-3 jam untuk belajar proses buat jualan di ebay. apa yang penting adalah dah ada ilmu cepat-cepat take action
lepas baca artikel ni buatlah dulu apa yang anda mampu. yang penting ada progress.
percayalah cakap saya, bisnes di internet ni, bahagian yang paling susah adalah nak dapatkan trafik buyer, ramai newbie yang fail sebab tak pandai tarik trafik untuk buat jualan, tapi di ebay masalah utama yang dihadapi oleh newbie ni ebay dah bantu selesaikan.
Waktu mula-mula anda berniaga memang takkan nampak sangat profitnya.. sebab akaun ebay anda belum cukup matang, akaun ebay anda belum cukup kuat untuk bagi anda duit yang banyak
anda perlu ada mindset yang betul, ni bukan skim cepat kaya, hari ni masuk buat pelaburan, esok lusa dah nak dapat untung.
kalau anda tanam pokok sawit, setahun dua baru dapat raih income nya. modal nak tanam pokok sawit pun berapa kosnya? boleh ke tanam tepi rumah or dalam pasu?
tak boleh kan? at least kena beli tanah seekar dua, lepas tu kena beli benih sawit, kasi baja, upah orang jaga, sampailah pokok tu membesar dan boleh kutip hasil. kos nak beli tanah seekar je dah telan kos RM50 ribu- RM100 ribu
belum lagi kos-kos yang lain..
berbanding dengan bisnes ebay ni, modal anda cuma buka akaun ebay kena cas RM3 untuk update automatic seller fees, dan cas kedua adalah nak verify paypal RM10. total kos adalah RM3 shj.
modal selebihnya adalah modal ilmu dan juga modal nak beli barang untuk jual kat ebay. dalam artikel yang lepas pun saya ada kongsikan.
Jika anda berminat untuk belajar menjual di Ebay, Tuan Zul ada sediakan satu panduan lengkap untuk newbie bagaimana nak memulakan bisnes di ebay dengan hanya menggunakan dropship sahaja.
Ada 3 pakej yang anda boleh pilih:
1. RM97
- eBook Panduan ebay intelligence sahaja
2. RM197 (Recommended!)
- eBook Panduan ebay intelligence
- Adobe Photoshop Portable
- Document Template Follow up customer
- Tools kit ebay
- Document template avatar multiple account
- 400 niche berpotensi di ebay
- Template keyword ebay feedback (Microsoft word)
- Ultimate guide for dropshipping
- 50 ways to make your first sale
- group support di FB
3. RM497
- Bengkel Ebay Intelligence 2017 di Johor dan Selangor
- eBook Panduan ebay intelligence
- Adobe Photoshop Portable
- Document Template Follow up customer
- Tools kit ebay
- Document template avatar multiple account
- 400 niche berpotensi di ebay
- Template keyword ebay feedback (Microsoft word)
- Ultimate guide for dropshipping
- 50 ways to make your first sale
- group support di FB
–>> Boleh klik disini untuk tempahan <<–
PS. Jika anda rasa pelaburan ini mahal. Cuba bayangkan keuntungan yang bakal anda peroleh di Ebay hasil daripada ilmu yang anda peroleh daripada ebook ini. Income anda mungkin akan jadi lebih berlipat-kali ganda daripada nilai pelaburan ini!
Take it or Leave it.